Pernah beberapa kali terdetik dalam hati, dah lama rasanya hati dan diri ini tak diuji. Terlalu lama rasanya hidup bersenang-senang tidak payah memikir masalah sejak berhijrah ke tanah Arab ni. Allah tidak pandang aku ke? Tapi dalam doa lepas setiap kali solat memang selalu minta yang baik-baik aje. Untuk diri sendiri, suami, ibu bapa dan mertua, adik beradik ipar duai saudara mara, para sahabat dan muslimin muslimat. Jarang-jarang minta doa yang khusus, kecuali doa mahu dapatkan anak. Tapi akhirnya dapat juga ujian berangkai. Dari chemical pregnancy, appendicitis dan terbaru, PCOS.
Tak payah cerita panjang-panjang PCOS tu apa, orang perempuan rasanya tahu. Aku pun sebelum kahwin dah tahu, tapi sebab tak mahu tahu lebih lanjut, akhirnya sifat ignorance makan diri. Tapi Alhamdulillah, bila dapat berita ni dari ujian Ultrasound semalam, tak rasa sedih atau kecewa. Tenang je, masih boleh bergelak ketawa. Sebab aku tau, PCOS bukan pengakhiran harapan untuk seorang wanita yang ingin mendapatkan zuriat. Cuma jalan nak jadi seorang ibu tu berliku-liku sikitla. Tapi lega bila dapat tahu puncanya.
Period tak teratur
Sejak dua tiga tahun memang period ting tong. Ujian ultrasound February lepas masih tak ade apa-apa. Maknanya baru sangatlah aku menghidap PCOS ni. Patutla sebulan dua ni perasaan lain mcm. Nak cerita panjang pun aku belum khatam pasal PCOS ni. Baru je sibuk membaca apa yang patut. BTW, simptom yang aku dapat:
- Rambut gugur dengan banyaknya
- Tumbuh bulu2 halus dimuka
- Naik jerawat di dahi
- Naik berat badan walaupun makan sikit (insulin resistant)
- Cycle period yang panjang (70 hari).
- No breast pain @ PMS symptoms during last cycle (progesterone rendah kut).
- This cycle - sore nipples sebelum datang period (high estrogen maybe???)
Dalam hati dah tergerak dah, ni mcm PCOS jek. Duk baca2 jugak dalam google pasal simptom2 ni. So bila period dah tak datang lebih 2 bulan, ajak hubby pi hospital jumpa pakar. Macam biasala kami memang selesa kat Almana Hospital. Doctor pakar yang aku dapat pun bagus, banyak bercakap. Memang recommend kat sape2 yang nak dapatkan rawatan sakit puan. Dr. Eeman Rashad. Terus aku bgtau yang aku nak dapatkan fertility treatment dengan Dr. Eeman. Macam biasala, future mommies yang ade PCOS, memang akan mula dengan rawatan Clomid, Dr Eeman prescribed aku dengan Primolut untuk induce period dan clomid 50mg untuk aku consume pada hari kedua period nanti.
TUP-TUP, tak payah makan primolut, period aku datang malam tadi dekat-dekat jam 9 malam, lepas habis mencuci pinggan mangkuk di dapur. Kelakar pun ade, sebab setiap kali aku datang period, mesti masa tengah basuh pinggan mangkuk. Ade ke kaitan di situ? hehe...Jadi cukuplah cycle period aku selama 70 hari. terpanjang dalam masa 2 tahun. Tapi tu kira ok lagila, sbb byk aku baca ramai pengidap PCOS langsung tak datang period atau period 2, 3 kali je setahun. Period tak lancar dan berketul-ketul. Aku harap tak sampai jadi macam tu la. Harini aku dah heavy flow. Alhamdulillah.
Sokongan suami
Hubby aku memang rileks je bila aku bgtau aku ade PCOS. Tapi dalam hati dia tak tau lah. Rasa bersalah pun ada. Kat sini fertility treatment bukan macam kat Malaysia. Sekali ultrasound je dah RM600++. Padahal tenyeh2 tak sampai seminit pun. Ubat-ubatan lagi. Kalau first cycle success pregnant, Alhamdulillah. Kalau kena repeat treatment every month...haih...ni lah dia ujian Allah bagi. Kami terima dengan redha. Lain orang lain ujian mereka. Saat2 macamni sokongan suami memang sangat penting. Banyak masa akan habis berkampung kat hospital. Ini memang salah satu masalah kat hospital di Saudi ni. Consult doctor lain, ultrasoud doctor lain, nak ultrasound kena datang hari lain sebab memang takkan dapat hari yang sama. Lepas tu kena buat appointment lain untuk follow up dengan first doctor mengenai result ultrasound. Every round mesti dua hari. Nak tunggu giliran lagi satu, at least dua jam jugaklah nak setel daripada menunggu sampai selesai consultation.
Tapi part of this ujian adalah tempoh aku muhasabah diri. Big part of it salah sendirila. Makan tak jaga, exercise malas, duk berlenggang sangat kan...so lepas ni memang dah nekad kena ikut diet PCOS, kena lupakan makanan berkarbohidrat dan sebarang minuman bergula. Mana taknya, lately memang aku dan hubby jadi pelanggan setia restoran Puncak kat alkhobar ni. Banyak makan nasi ayam penyet. Banyak minum teh botol. tak cukup beli sekotak beli sekarton. Buat stok kat rumah berkarton-karton lagi. Dah laki I suke, I tumpang la sekali. Srupp srupp hari2 teh botol yang sedap manis berkafein tu. Memang musuh ketat PCOS la minuman manis ni. Hubby memang suka minum yang berperisa, sejuk2 ni. Ikut cara lelaki memang sakit la kita orang perempuan. Sistem diorang lain, kita lain. Bawak-bawak bertaubat.
........................................
P/S: Masalah sekarang ni dah rasa dilema pulak samada nak consume Clomid sekarang ke atau tunggu lepas Ramadan? Ape pun memang kena tunggu update entri seterusnya samada berjaya ke tak cycle clomid kali pertama ni!
XOXO
No comments:
Post a Comment