Thursday, January 14, 2016

baby Aly is coming!!!

Wah lama betul tak menulis. Macamlah ade orang baca blog ni. Tapi takpelah, buat kenangan-kenangan sendiri je. Anyway, harini Aly dah 30 weeks dalam perut ibu. tak lama dah nak menjenguk dunia. Memang sangat-sangat tak sabar nak ada baby ni. Maklumla tahun ni dah masuk 31 tahun. Hubby pun dah 33 tahun baru nak merasa jadi mak bapak. Kawan-kawan seangkatan anak dah berderet dah masuk sekolah pon ade. Tapi Alhamdulillah....Allah beri rezeki bila tiba masanya. Tak terawal dan tak terlewat sedikit pun.

Kalau ada sesapa yang baca entri sebelum ni, aku disahkan PCOS pada awal tahun lepas. Penyakit ni memang jadi igauan ngeri bagi perempuan-perempuan yang dah berkahwin dan belum ada anak. Tapi Alhamdulillah. Bulan yang sama didiagnos dengan PCOS, aku berjaya conceived dengan bantuan pil clomid yang gynae dari Hospital di Arab Saudi prescribed dekat aku. Ada cerita tak best yang aku nak kongsi dan aku harap PCOSers tak ikut apa yang aku buat ni sebab boleh bahayakan kesihatan sesiapa yang ambil clomid. 

Gynae prescribed 100mg clomid sehari (2 biji) dan aku sepatutnya follow up dengan gynae tu untuk tengok perkembangan folikel. Banyak video kat youtube yang aku tengok, kalau terlalu banyak folikel gynae akan nasihatkan untuk cancel percubaan untuk dapat anak pada cycle bulan tu sebab takutkan risiko multiple pregnancy. Tapi kan...aku memang tak pergi follow up sebab rasa tak yakin yang clomid boleh tolong aku. Aku ni banyak sangat baca blog dan forum yang kebanyakan 1st trial clomid selalunya gagal. Malas nak kecewa. lagi satu, kos rawatan kat Saudi mahalnyer... sekali scan folikel lbh kurang RM700 tak termasuk ubat dan suntikan (kalau ada), dan untuk cycle tu aku kena datang untuk tiga kali scan folikel. Walaupun hubby dah kata nak bayar...tapi aku ni kedekut tak pasal-pasal, hehe..

Mungkin dah tertulis rezeki untuk kami. Aku cuma ambil BBT (basal body temperature) untuk check samada clomid ni buat aku ovulate ke tidak. Banyak maklumat dari google kata lepas makan clomid kita akan ovulate sekitar cycle day ke 12-14 atau lambat sikit, bergantung kepada badan masing-masing. Kalau lambat daripada tu kemungkinan susah nak conceive sbb telur kurang berkualiti. hurmm entah betul ke dak. Tapi bila ambil BBT (di samping ber BD -sorry TMI- secara konsisten bermula cycle day ke-9) dan BBT aku flat je sampai cycle day ke-21....hati aku dah sedih dan rasa give up. Letih ambil BBT hari-hari tapi macam takde harapan je.

Finally! cycle day ke-26 BBT aku naik mencanak menandakan ovulasi telah berlaku. Alhamdulillah, boleh rest daripada sebarang percubaan. Tapi nervous la pulak menunggu hari-hari nak check samada cycle tu berjaya atau tak. Tapi seriously, memang aku tak berharap. Yelah, dah banyak kali terpedaya dengan tanda-tanda PMS yang kusangkakan early pregnancy symptoms. Tapi kan, lepas seminggu DPO tanda-tanda PMS tu dah datang dan yang paling ketara bengkak breast. Cuma kali ni memang lain macam sakit dia. hati dah nekad nak tunggu 14DPO tapi pagi-pagi bangun tidur masa 13DPO tu tergerak hati nak celup. 

Diam-diam bangun dari katil taknak hubby perasan. Takut kena marah hehe....pegi toilet buat apa yang patut lepas tu angkut segala kelengkapan ke dapur untuk mengelakkan kantoi. Masa tu pakai clear blue (mahal oi beli kat Bahrain). Lepas celup terus letak atas kotak dan tutup dengan kertas manual penggunaan. Maklumlah takut dengan kenyataan. Kalau dulu aku boleh tenung upt sampai tak naik-naik second line, kali ni aku lebih bersabar. Tunggu 3 minit. Lepas 3 minit aku pun check upt, ada 2 line! satu terang dan satu kurang terang tapi memang jelas ada dua line! menggigil jugak jemari aku ni. Betul ke ni??? Ya Allah aku tak henti-henti ucap Alhamdulillah dan terus masuk bilik tunjuk kat hubby.

Jadi camtulah lebih kurang pengalaman aku yang hamil dengan clomid tanpa pemantauan doktor. Sebenarnya sebelum first scan tu punyala risau....kot-kot kembar 6 sbb masa hari ovulasi tu ovari aku sakit yang amat- macam nak pecah telur 10 bijik rasanya.  Hubby kata kalau kembar rezeki. Tapi bila scan masa 8 weeks tu ada single baby je, rasa macam alaaaa...nape tak kembar dua..huhu...tamak betul. Sorang pun dah bersyukur sangat.  Tapi masa week 10 aku ada alami pendarahan sebab berjalan banyak sangat...sampai ke Bahrain shopping dengan hubby. empat bulan on progesterone supplement tak pasal-pasal. 

Cepat je masa berlalu...aku due mid March nanti. Doakan baby Aly selamat dilahirkan dan aku harap kehadiran Aly akan menguatkan lagi ikatan kasih sayang antara kami sekeluarga. Inshaallah. Amin!

baby Aly@26 weeks 4D scan.











Thursday, June 18, 2015

TTC journey #2: Alhamdulillah, PCOS

Pernah beberapa kali terdetik dalam hati, dah lama rasanya hati dan diri ini tak diuji. Terlalu lama rasanya hidup bersenang-senang tidak payah memikir masalah sejak berhijrah ke tanah Arab ni. Allah tidak pandang aku ke? Tapi dalam doa lepas setiap kali solat memang selalu minta yang baik-baik aje. Untuk diri sendiri, suami, ibu bapa dan mertua, adik beradik ipar duai saudara mara, para sahabat dan muslimin muslimat. Jarang-jarang minta doa yang khusus, kecuali doa mahu dapatkan anak. Tapi akhirnya dapat juga ujian berangkai. Dari chemical pregnancy, appendicitis dan terbaru, PCOS. 

Tak payah cerita panjang-panjang PCOS tu apa, orang perempuan rasanya tahu. Aku pun sebelum kahwin dah tahu, tapi sebab tak mahu tahu lebih lanjut, akhirnya sifat ignorance makan diri. Tapi Alhamdulillah, bila dapat berita ni dari ujian Ultrasound semalam, tak rasa sedih atau kecewa. Tenang je, masih boleh bergelak ketawa. Sebab aku tau, PCOS bukan pengakhiran harapan untuk seorang wanita yang ingin mendapatkan zuriat. Cuma jalan nak jadi seorang ibu tu berliku-liku sikitla. Tapi lega bila dapat tahu puncanya.

Period tak teratur

Sejak dua tiga tahun memang period ting tong. Ujian ultrasound February lepas masih tak ade apa-apa. Maknanya baru sangatlah aku menghidap PCOS ni. Patutla sebulan dua ni perasaan lain mcm. Nak cerita panjang pun aku belum khatam pasal PCOS ni. Baru je sibuk membaca apa yang patut. BTW, simptom yang aku dapat:

  • Rambut gugur dengan banyaknya
  • Tumbuh bulu2 halus dimuka 
  • Naik jerawat di dahi
  • Naik berat badan walaupun makan sikit (insulin resistant)
  • Cycle period yang panjang (70 hari).
  • No breast pain @ PMS symptoms during last cycle (progesterone rendah kut).
  • This cycle - sore nipples sebelum datang period (high estrogen maybe???)

Dalam hati dah tergerak dah, ni mcm PCOS jek. Duk baca2 jugak dalam google pasal simptom2 ni. So bila period dah tak datang lebih 2 bulan, ajak hubby pi hospital jumpa pakar. Macam biasala kami memang selesa kat Almana Hospital. Doctor pakar yang aku dapat pun bagus, banyak bercakap. Memang recommend kat sape2 yang nak dapatkan rawatan sakit puan. Dr. Eeman Rashad. Terus aku bgtau yang aku nak dapatkan fertility treatment dengan Dr. Eeman. Macam biasala, future mommies yang ade PCOS, memang akan mula dengan rawatan Clomid, Dr Eeman prescribed aku dengan Primolut untuk induce period dan clomid 50mg untuk aku consume pada hari kedua period nanti.

TUP-TUP, tak payah makan primolut, period aku datang malam tadi dekat-dekat jam 9 malam, lepas habis mencuci pinggan mangkuk di dapur. Kelakar pun ade, sebab setiap kali aku datang period, mesti masa tengah basuh pinggan mangkuk. Ade ke kaitan di situ? hehe...Jadi cukuplah cycle period aku selama 70 hari. terpanjang dalam masa 2 tahun. Tapi tu kira ok lagila, sbb byk aku baca ramai pengidap PCOS langsung tak datang period atau period 2, 3 kali je setahun. Period tak lancar dan berketul-ketul.  Aku harap tak sampai jadi macam tu la. Harini aku dah heavy flow. Alhamdulillah.

Sokongan suami

Hubby aku memang rileks je bila aku bgtau aku ade PCOS. Tapi dalam hati dia tak tau lah. Rasa bersalah pun ada. Kat sini fertility treatment bukan macam kat Malaysia. Sekali ultrasound je dah RM600++. Padahal tenyeh2 tak sampai seminit pun. Ubat-ubatan lagi. Kalau first cycle success pregnant, Alhamdulillah. Kalau kena repeat treatment every month...haih...ni lah dia ujian Allah bagi. Kami terima dengan redha. Lain orang lain ujian mereka. Saat2 macamni sokongan suami memang sangat penting. Banyak masa akan habis berkampung kat hospital. Ini memang salah satu masalah kat hospital di Saudi ni. Consult doctor lain, ultrasoud doctor lain, nak ultrasound kena datang hari lain sebab memang takkan dapat hari yang sama. Lepas tu kena buat appointment lain untuk follow up dengan first doctor mengenai result ultrasound. Every round mesti dua hari. Nak tunggu giliran lagi satu, at least dua jam jugaklah nak setel daripada menunggu sampai selesai consultation.

Tapi part of this ujian adalah tempoh aku muhasabah diri. Big part of it salah sendirila. Makan tak jaga, exercise malas, duk berlenggang sangat kan...so lepas ni memang dah nekad kena ikut diet PCOS, kena lupakan makanan berkarbohidrat dan sebarang minuman bergula. Mana taknya, lately memang aku dan hubby jadi pelanggan setia restoran Puncak kat alkhobar ni. Banyak makan nasi ayam penyet. Banyak minum teh botol. tak cukup beli sekotak beli sekarton. Buat stok kat rumah berkarton-karton lagi. Dah laki I suke, I tumpang la sekali. Srupp srupp hari2 teh botol yang sedap manis berkafein tu. Memang musuh ketat PCOS la minuman manis ni. Hubby memang suka minum yang berperisa, sejuk2 ni. Ikut cara lelaki memang sakit la kita orang perempuan. Sistem diorang lain, kita lain. Bawak-bawak bertaubat.

........................................

P/S: Masalah sekarang ni dah rasa dilema pulak samada nak consume Clomid sekarang ke atau tunggu lepas Ramadan? Ape pun memang kena tunggu update entri seterusnya samada berjaya ke tak cycle clomid kali pertama ni!

XOXO

Monday, June 8, 2015

TTC Journey #1 : Cuba hamil kali pertama

Blog ni sebenarnya bukanlah baru, tapi sejak aku bertudung dan menunaikan haji pada tahun lepas, entry yang sebelum-sebelum ini macam dah tak sesuai dijadikan paparan umum. So aku decide untuk put them on draft dan mulakan kembali hobi menulis blog yang dah lama tidur sejak aku berkahwin pada tahun lepas.

Rasanya antara satu topik yang akan aku kongsikan untuk blog ni adalah mengenai perjalanan dan liku-liku yang aku lalui demi bergelar seorang ibu. Sebelum kahwin ingatkan senang nak mengandung, rupanya tak semudah yang aku bayangkan. Aku tahu ramai yang mudah hamil atau bunting pelamin lepas berkahwin, tapi situasi aku lain, dan aku akan ceritakan semuanya dalam blog ini.

Aku berkahwin ketika umur aku dah 29 tahun. Memang jauh tersasar daripada plan hidup yang aku angan-angankan masa aku berumur 17 tahun heheh...aku rasa ramai perempuan yang berangan nak kahwin masa umur around 24-27, samalah macam aku. Tapi nak buat cemana, jodoh tak sampai lagi. So dipendekkan cerita, berkahwinlah aku pada 25 April 2014 dengan kekasih hati yang aku dah kenali sejak Mac 2011. Bertuahnye orang ittewww...


Hubungan jarak jauh selepas berkahwin

Awal-awal kahwin je laki aku dah tinggalkan aku keseorangan sebab dia bekerja di Saudi, dan aku meneruskan hidup aku di Kuala Lumpur on-off rumah sendiri dan rumah mertua. Sambil-sambil aku siapkan thesis ijazah sarjana yang perlu aku submit sebelum bulan Julai 2014. Sempatlah tiga minggu dengan suami. Pergi honeymoon di Krabi 5 hari dengan kedua-duanya sakit cirit birit kat sana. Masa ni, memang aku dan hubby tak nak anak lagi. 

Ikutkan hati aku memang lepas kahwin nak terus cuba hamil, memandangkan period aku tiba-tiba regular selama tiga cycle (35 days each cycle) tapi hubby pulak nak tangguhkan. Aku setuju sebab alasan hubby adalah sebab nak bawa aku menunaikan haji tahun tu jugak. Alang-alang dah dia kerja di Saudi, takut2 next year x berpeluang, rugilah pulak kan.

Sebelum pergi haji, kebetulan aku period, menandakan masuknya mingu subur mase musim haji. Balik haji pada awal Oktober tu pulak, period aku hanya datang pada minggu ketiga di mana pada minggu tu jugaklah aku pulang ke Malaysia untuk attend konvokesyen di UPM seorang diri. Terlepas lagi sekali peluang nak berTTC. Balik sebulan lebih pulak tu, sebab hubby pun balik Malaysia awal bulan 12. 

Nak dijadikan cerita, sehari sebelum hubby balik tu lah ujian OPK (ovulation predictor kit) aku positive subur. memanglah tersangat frust. Sebab dah tau esoknya hubby sampai Malaysia malam dengan penat, jetlag tak habis lagi. memang kalau mintak pon tak dapatlah, heheh...akhirnya rugi macam tu jelah tiga cycle selepas haji untuk aku dan hubby berTTC. Takde rezeki lagi.


TTC kali pertama...gagal hamil

Cycle yang kami mula TTC adalah cycle bulan Disember Tapi aku datang period bulan Februari (60 days cycle) First timer...so aku tak kuciwa la sangat, yang aku kecewakan adalah sikap kami laki bini yang tak serius mencuba. sepatutnya bila nak ada anak ni kena la rajin-rajin buat anak- tapi kami ni malas macam orang dah 30 tahun berkahwin, hahaha...nak buat macammana....period aku memang ting tong lepas kahwin. Sampai habis OPK yang aku ada masih tak jumpa hari subur.


TTC kali kedua, I'M PREGNANT!!!

Bulan Februari....kami memang rajin. First day period adalah pada 19 Februari Akhirnya, aku dapat keputusan positif menggunakan UPT (urine pregnancy test) pada 20 March. Garis T samar-samar tapi jelas. Punya la excited bgtau hubby. Hubby seronok punya pasal petang tu terus bawak pegi shopping beli baju-baju baru, bawak makan kat restoran best-best dan dah start panggil aku ibu. Aku rasa dia lagi happy dari aku. 

Malangnya selepas beberapa hari, atau lebih tepat lagi sehari sebelum aku dan hubby ke hospital untuk sahkan kehamilan, ujian UPT menunjukkan garis T yang semakin samar, like barely there. Hati aku dah berdebar-debar. Actually, 5 hari sebelum missed period aku dah check UPT, dan aku memang dah nampak faint line....tapi aku repeat test sampailah betul-betul nampak line T tu. Banyak artikel aku baca, vlog dan group2 TTC yang kata a line is a line....

First positive UPT yang aku dapat

Kehamilan berakhir dengan chemical pregnancy

Esok paginya aku test sekali lagi sebelum ke hospital, hasilnya, NEGATIF!!! Sedih terduduk jap. Cuba buat-buat rileks...bgtau suami dan dia macam dapat terima tapi kami decide untuk pergi check jugak di hospital. Hasil ujian darah....negatif. sugul sepanjang hari tu. Doctor kata memang biasa kes macam ni....they called it chemical pregnancy. Aku disuruh pulang dan datang lagi 2 minggu sekiranya period belum datang.

Seminggu selepas kejadian tu, aku dan hubby decide untuk dapatkan second opinion di hospital lain, memandangkan aku belum datang period lagi. keputusan tetap sama....hcg level aku hanya 2.0.  Masa ni aku dah terima kenyataan. Doktor bekalkan aku dengan duphaston untuk menurunkan darah period. Selepas 7 hari, aku datang period yang pekat dan berketul-ketul selama 8 hari.

Habis sahaja period pada 15 April 2014, kami decide untuk TTC again immediately. CD10 aku dapati EWCM (egg white cervical mucus) yang melimpah ruah dan kalau ikutkan panduan kesuburan, aku memang tgh subur masa tu. Maybe disebabkan pengambilan duphaston dan EPO secara teratur bermula hari pertama period menyebabkan aku subur cepat cycle kali itu. Seminggu selepas waktu subur berakhir, aku terjaga tengah malam dengan rasa cramp yang kuat seperti period pain hari pertama. Dalam hati ada jugak terfikir maybe implantation kut. sebab esoknya sakit tu hilang.


Pembedahan membuang apendiks

Sampailah awal bulan May....aku mengalami constipation yang teruk diikuti sakit perut yang amat. Rupanya bukan mengandung, sebaliknya aku mengalami radang apendiks yang memerlukan aku menjalani pembedahan membuang apekdiks dengan segera. Maka terhentilah projek TTC aku untuk sementara waktu. Untuk entry berkenaan radang apendiks tu boleh refer di SINI.

Projek TTC aku resumed balik selepas aku sembuh daripada luka pembedahan membuang apendiks. Tapi itu nanti aku akan ceritakan di entry yang lain. Dah panjang sangat pulak. Xoxo