Tuesday, June 2, 2015

Appendicitis @ radang apendiks di usia 30 tahun.

Dari kecik sampai besar memang teringin masuk hospital. Macam kelakar pun ade tapi itulah perasaan orang macam aku yang tak pernah kena warded seumur hidup. Pernah jugak demam tak kebah-kebah lepas tu pergi hospital dengan harapan di diagnosed denggi lepas tu kena tahan masuk wad. Teringin jugak nak gunakan insuran yang dah bayar bertahun-tahun sejak 2008 sampai ke hari ni. Akhirnya Allah makbulkan keinginan aku. Itula padahnya jangan mintak yang bukan-bukan. Malangnya sakit aku dapat masa berada di luar negara. 

Walaupun husband belikan insurans first class tetap aku bersedih sebab aku teringin nak orang jaga aku sungguh2 especially masak apa yang aku teringin nak makan. Nak buat cemana, laki I tahu order jek. Kalau masak pun mesti selalunya tak kena dengan tekak hihihih....sorry husband. Jadinya sehari selepas keluar hospital dengan jalan terkedek-kedek nak angkat pinggan sebijik pon seksa, aku masuk dapur memasak sekadar yang mampu. Nasi putih dan lauk grill-grill jek mampu. nak spend time lama-lama kat dapur memang terseksa sangat rasanya. Oklah minggu pertama husband tolong basuh pinggan mangkuk basuh baju semua.


Simptom-simptom radang apendiks

Macammana aku boleh diagnosed with appendicitis ni??? Ikutkan dah ade simptom sejak lebih dua bulan sebelum apendiks aku dibuang. Perut ni kalau ade benda berat parking walaupun tangan sendiri memang akan rasa sakit, apatah lagi bila husband letak tangan. selalunya aku akan adjust kedudukan tangan husband atas tulang rusuk untuk lebih selesa. Sebabkan xde pengalaman, aku assume maybe sebab abdomen perut bahagian bawah tu terletaknya organ-organ sensitif seperti organ peranakan dan pundi kencing. nampaknya hipotesis aku meleset. 

Ade jugak aku terjaga tetengah malam sebab perut cramp macam period first day. bergolek-golek la haku sambil encik suami sedap lena di sebelah. esoknya pergi farmasi beli pad dua tiga bungkus sekaligus, bajet period nak datang le kan. Happy kejap sebab period selalunya mmg tak pernah on time. ikut suka hati dia nak datang kadang lepas sebulan lebih ke, dua bulan ke, tiga bulan pon pernah. tapi tak datang-datang jugak period ni. Ini sudah pelik. dua tiga hari lepas tu ohemgiiii perut kembungnya macam pregnant 6 bulan, sempat update status kt fesbuk mintak pendapat kawan-kawan alam maya. 

Mase tu pulak husband outstation ke Dubai. Bayangkan la kalau tetiba perut terburai tengah sorang-sorang di Arab Saudi! Hati dah tak sedap. Mula la stress salahkan napsu makan macam seminggu tak mentekedarah. Masuk bilik tengok cermin besar sambil cuba-cuba kempiskan perut namun gagal menghilangkan kebuncitan tersebut. Ok aku kene diet, x boleh jadi. Terus selongkar peti ais keluarkan pickled ginger sebotol korek letak dalam mangkuk setengah botol makan depan TV dengan harapan keluarla wahai angin. Nak tunduk pon tak boleh keras semacam perut sampai senak dibuatnya.

Esoknya hasben balik, perut masa tu dah 50% kembali normal, terima kasih kepada halia tersebut. Malam tidur lena macam biasa, bangun subuh pun takde apa2 tanda kesakitan sampailah aku terjaga selepas tidur balik lepas solat subuh dengan kesakitan yang teramat. terus selongkar peti ubat pulak cari pil tahan sakit. telan sebijik, lepas setengah jam hilangla sakit. Husband pon dah pergi kerja. tengahari husband call, bgtau ade event ofis dia buat dekat resort berdekatan Halfmoon Beach. Perut dah start nak sakit balik tapi gagahkan diri teman husband pergi event tu. 

Sayangnya, tempat event cantik, tapi muka aku memang dah tak cantik. berkerut je menahan sakit. tak bleh jadi ni, mintak husband bawak gi hospital time tu jugak. Terpaksala tinggalkan event tu. Sampai ke hospital orang yang jaga registration  kata doctor xde yang available. Biasalah malam penuh. Dia kata kalau nak pegi bahagian kecemasan. Memang tak fikir panjang. terus ajak husband pergi bahagian kecemasan. Nurse2 macam malas melayan yela takat sakit perut datang kecemasan. Aku pon buat muka kesian muka sengsara bgtau yang aku sakit sampai tak boleh jalan. Akhirnya doktor buat ujian darah dan air kencing. Keputusanya, blood infection verrrrrrrrrrrrrrryyy high bak kata doctor. terus kena tahan wad malam tu jugak.

Warded, untuk pertama kalinya dalam hidup

10 Mei 2015, buat pertama kalinya aku tidur di hospital. Admitted jam 12 am. Nasib aku kurang baik sebab pesakit sebelah bilik aku menjerit aje kerjanya. tak tahulah sakit apa, tapi nurse kata kritikal. Takpelah asalkan manusia yang menjerit bukan makhluk lain. maklumla banyak sangat tengok drama vampire mudah sangat terbawak-bawak dek perasaan. tu belum cerita pasal filem2 horror hospital macam sister ngesot eii mintak simpang. 

Bilik belum siap. Markah kurang kat sini.

Berangan kejap, posing je ni bilik tak siap lagi hehe

11 Mei 2015: Esok paginya ujian ultrasound dibuat untuk memastikan punca sakitt aku ni dan memang sah radang apendiks lah puncanya. sakit masa tu memang takde sebab dah disuntik pain killer kat punggung masa di wad kecemasan. Malam tu pun dan dimasukkan antibiotik melalui iv drip. Tepat jam 12 pm, aku ditolak masuk ke dewan bedah. Aku diberi general anesthesia supaya aku tidur sepanjang pembedahan. Doktor bius suruh sedut dalam2, kali pertama aku sedut takde pape, dalam hati fikir ntah-ntah tak lut ni, lepas kali kedua aku terus padam. maka berlangsunglah pembedahan laparoscopic tanpa sedar selama lebih kurang sejam setengah.

Apendiks yang telah dibuang (berlemak uols)

Aku sedar bila dikejutkan nurse. Mata aku bukak separuh lepas tu benda pertama aku nampak adalah jam dinding digital yang tulisan kaler merah background hitam (macam drama tak?). Nak bersuara pun tak mampu, keluar suara macam tikus je. memang ting tong sebab drug masih menguasai. Camtula kut perasaan penagih dadah. lalok je. Tau-tau dah sampai bilik, nurse suruh mengesot dari katil bertroli tu ke katil aku. sambil ngesot mata pun tak bukak. Terus sambung tidur, terjaga jam 5.30 pm macam baru bangun dari tidur yang panjang.

Sakit selepas pembedahan laparoscopic

Bangun je tidur perkara pertama aku buat adalah check perut. Ada tiga dressing (plaster) satu atas pusat, dan dua di kiri kanan abdomen bawah. Aku bangun nak ke toilet. Masa tu lah hazabnye Ya Allah nak berjalan pun susah. membongkok je. Malam tu nurse tolong salinkan hospital gown yang baru dan tampal plaster kalis air atas dressing sedia ada supaya aku dapat mandi. Esok paginya (12 Mei 2015) aku dah discharged. Terus balik rumah. Sakit tu, amik masa tiga minggu jugaklah untuk betul-betul hilang. Sepanjang tiga minggu tu tidur telentang je tak boleh mengiring. kaki pun kena tinggi sedikit kalau tak nanti perut stretch alamat makin lambatla luka nak sembuh. Harini (2 Jun) luka bedah dah sembuh tapi masih merah-merah dekat tempat belah. lebam-lebam dah hilang. Aktiviti suri rumah pun dah resumed seperti biasa. Alhamdulillah.

Pentingnya ada insuran perubatan

Orang macam aku, walaupun jarang sakit tapi kita tak tahu bila kita akan betul-betul sakit dan memerlukan rawatan kecemasan yang menelan kos tinggi. Dari apa yang aku baca di internet, di Malaysia pembedahan laparoscopic menelan kos kira-kira RM13,000. Bayangkan kalau xde insurance coverage. Jenuh jugak nak membayar sebanyak tu. Kalau mampu sekali pun, kan dah macam perbelanjaan yang tak sepatutnya? 

Pemakanan

You are what you eat. Husband kata aku ni banyak makan pedas dengan biji-biji cili sekali aku telan. Tak tahulah ini menyumbang kepada sakit radang apendiks atau tak....tapi aku memang dah tobat oiiii...sekarang aku banyak makan buah-buahan dan salad segar. pedas-pedas aku kurangkan. Harap-harap, kalau aku admitted sekali lagi pun, biarlah admitted sebab nak lahirkan anak! Amin!!!

No comments:

Post a Comment