Serba ringkas mengenai latar belakang keluarga, pendidikan dan situasi terkini. Dilahirkan pada 5 Mei 1985 di Kuala Kurau Perak. Nama penuh Rosmalina Abd Kadir. Anak jati kampung Parit Mat Ali yang dibesarkan dalam keadaan penuh kesederhanaan oleh ayah, Abd Kadir Samad dan ibu, Rokiah Yahaya. Anak kelima daripada lapan adik beradik. Mempunyai ijazah kewartawanan dan master pembangunan sumber manusia melalui IPTA tempatan. Pernah bekerja sebagai wartawan selama lima tahun dan PR selama dua tahun. Meninggalkan dunia pekerjaan selepas berkahwin dan kini menetap di Alkhobar, Arab Saudi bersama suami, Adrinfahd Adnan.
No comments:
Post a Comment